Tuesday, July 18, 2017

Kenali Siapa Ejen Insurans Yang Sebenarnya :]

                                        Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia...

                               Adakah anda semua dalam keadaan sihat sejahtera?

         Pada hari ini saya akan memaparkan kerjaya insurans dengan pelanggan dengan tajuknya ENAM cara mudah bagi insurer membina kepercayaan kepada pelanggannya. Semoga anda semua saksikan :)




      


Kita semua sedar betapa pentingnya untuk membina kepercayaan pelanggan untuk membeli insurans daripada INSURER. Bagaimana?

   Saya akan huraikan ENAM cara mudah untuk membina kepercayaan pelanggan. Pertama ialah bertanggungjawab dalam memastikan keadaan pelanggan dalam keselesaan kita, Kedua perlu jujur diantara pelanggan dan penjual, ketiga tepati janji apabila membuat temujanji dan seterusnya mengakui kesilapam apabila melakukan kesalahan.

    Seterusnya memberi NILAI VALUE. Maksud kepada nilai value ialah sesuatu yang memeberi kesan positif kepada seseorang individu apabila membeli insurans. Oleh itu perlu mengenal pasti apakah keperluan pelanggan?, mengapakah ada keperluan dan apakah bajet?. Keperluan bajet juga perlu kerana kos sara hidup masa kini amat sukar untuk membeli insurans.

     Seterusnya lagi, mendidik serta EMPOWER. Empower pelanggan agar mereka boleh menguasai kehidupan dan nasib mereka supaya lebih terjamin. Mendidik serta memberikan kesedaran tentang takaful dan insurans yang perlu ejen tawarkan. Oleh itu kita perlulah sedar dengan polisi yang telah ejen sediakan.

      SELEBIHNYA,saya sudahi dengan persembahan slaid tersebut...

                      TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA BLOG SAYA INI :)


Monday, July 17, 2017

PRINSIP-PRINSIP INSURANS

PRINSIP-PRINSIP INSURANS



  1. Kepentingan boleh diinsurans

  2. 1.Mesti mempunyai kepentingan ke atas harta/nyawa yang             
  3.    diinsuranskan
  4. 2.Insured akan mengalami kerugian jika harta/nyawa yang 
  5.    diinsuranskan musnah/mati
  6. 3.Tidak boleh insuranskan hak orang lain
  7. 4.Untuk elakkan orang ambil kesempatan atas kesusahan orang lain

  1. Penuh Percaya Mutlak
  • 1.Insured mesti memberi maklumat benar
  • 2.Insurer perlu terangkan polisi dengan jelas
  • 3.Jika ada penipuan polisi terbatal
  • 4.Bertujuan mengelakkan penipuan

  1. Indemniti
  • 1.Untuk semua insurans kecuali insurans hayat dan kemalangan
  • 2.Gantirugi dibayar setakat kerugian 
  • 3.Bukan untuk dapat untung
  • 4.Gantirugi dalam bentuk barang atau wang tunai


3 perkara yang diambilkira dalam indemniti:
i.    Sumbangan 
      
         •Jika Insured ada dua atau lebih polisi, bila risiko berlaku –   
         gantirugi dibahagi sama rata antara syarikat insurans

  1. -Subrogasi  

  2. •Mengalihkan hak daripada insured untuk menuntut daripada  
  •   pihak ketiga setelah insurer membayar gantirugi. 
  • •Aset adalah milik insurer 
  • •Insured tidak boleh tuntut lagi
      iii. Doktrin punca hampiran 
              •Gantirugi hanya dibayar jika risiko disebabkan  secara langsung 
                oleh risiko yang diinsuranskan



Tuesday, July 11, 2017

Takaful Membantu Anda!!

APA ITU TAKAFUL?


Takaful adalah kata terbitan bahasa arab "kafala" yang bermaksud "jamin" dan perkataan takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah takaful telah digunapakai dalam konteks insurans secara islam. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu.



Takaful yang wujud pada hari ini pula adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari) di mana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara' iaitu terhindar daripada unsur Riba (bunga), Maisir (perjudian) dan ghahar ( ketidakpastian). Untuk tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, perniagaan Takaful menggantikan dengan konsep Tabarru' (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah islam iaitu konsep "Mudharabah" dan "Wakalah".



Dalam kontrak Takaful ini, peserta bersetuju untuk saling menjamin antara mereka. Ia berasaskan kepada sifat persaudaraan, kasih sayang dan saling bantu membantu. Dikatakan demikian kerana sumbangan wang yang diberikan oleh peserta akan dikumpulkan dan wang tersebut digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang mengalami musibah atau kerugian


Selain itu, anda juga boleh mendapatkan maklumat mengenai takaful di SINI

PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS


Takaful dan insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan dan bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan. Namun dia antara keduanya terdapat perbezaan yang besar. Perbezaan yang wujud dapat dilihat daripada beberapa sudut berikut:

1. Hukum

Perniagaan Takaful adalah halal dan umat islam harus menyertainya sementara perniagaan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain. Perniagaan insurans mengandungi unsur Riba, Maisir dan Ghahar. Maka membeli polisi insurans dan segala hasil pendapatan daripada syarikat insurans adalah haram

2. Kontrak asas yang digunapakai

Dalam Insurans konvensional kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran (Mu'awadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara Takaful menggunakan kontrak derma (Tabarru')

3. Kontrak-kontrak lain

Dalam Insurans konvensional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selain kontrak jual beli. Tetapi dalam Takaful, digunakan kontrak wakalah (agensi) dan kontrak Mudharabah (perkongsian untung rugi)

4. Tanggungjawab pemegang polisi

Peserta Takaful akan menyumbang caruman untuk saling menjamin diantara semua peserta sementara pembeli insurans akan membayar premium kepada penanggung insurans. Penyertaan Takaful merupakan satu akad dikalangan peserta tetapi pembelian insurans adalah adalah satu kontrak di antara oenginsurans dan pemegang polisi.

5. Saluran pelaburan

Pelaburan kumpulan wang Takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan dan pelaburan ini hanya akan dilakukan ke atas syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh Syariah. Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC)

Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tidak mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburan ke atas syarikat perjudian dan arak.

6. Perjalanan Operasi

Syarikat Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggungjawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk pelaburan. Selain itu, syarikat Takaful juga mempunyai unit Syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah. Syarikat insurans tidak mempunyai bahagian penasihat Syariah kecuali Syarikat MCIS Zurich Insurance. Walaupun begitu, penasihat Syariah ini hanya memberi nasihat dalam beberapa perkara tertentu sahaja. Namun perjalanan operasinya masih lagi perniagaan insurans konvensional.







Monday, July 10, 2017

-CEGAH SEBELUM TERLAMBAT-

APAKAH YANG ANDA FAHAM MENGENAI INSURANS ??


Secara mudahnya insurans ialah memindahkan risiko/kerugian individu atau sebuah organisasi seperti syarikat insurans. ini bermakna syarikat insurans akan membayar segala kerugian yang ditanggung oleh individu yang terlibat. Hal ini termasuklah menanggung nyawa individu seperti risiko kematian, kesakitan, ketidakupayaan, dan memasuki wad hospital. Tetapi ianya berfungsi selepas anda membeli polisi insurans dan bergantung pada jenis insurans.


                                                      KONSEP INSURANS

Insurans merupakan satu rancangan pembahagian risiko. Melalui skim insurans, risiko yang dihadapi oleh individu-individu dikumpulkan dan disebarkan antara mereka supaya risiko yang dihadapi oleh setiap individu dapat diminimumkan. Bayaran yang dibuat oleh mereka dikenali sebagai premium. Premium yang dibayar oleh mereka merupakan satu caruman dalam tabung umum. Mereka yang ditimpa risiko dibayar ganti rugi daripada tabung umum itu. Dengan cara ini risiko dapat disebarkan di kalangan pemegang polisi atau yang menyertai skim insurans ini. Oleh itu, insurans ialah satu cara orang yang bernasib baik menolong orang yang kurang bernasib baik.

                                                 KEPENTINGAN INSURANS

Kepentingan Kepada Individu
  • Memberi perlindungan dan pampasan kepada individu atau ahli keluarga terhadap pelbagai risiko kecurian, kerosakan, kebakaran, dan kemalangan
  • Melindungi masa depan keluarga
  • Menabung untuk masa depan
Kepentingan Kepada Peniaga
  • Insurans dapat melindungi para peniaga sama ada kecil atau besar terhadap pelbagai risiko seperti kebakaran, kecurian, pecah amanah dan tuntutan pihak ketiga dan sebagainya.
Kepentingan Kepada Negara

  • Dapat membangunkan negara melalui dana insurans yang terkumpul untuk dilaburkan dalam sektor ekonomi.
  • Insurer dapat menyediakan peluang pekerjaaan dan meningkatkan taraf hidup.

Monday, July 3, 2017

Intro Diri Saya Dahulu;)

                                  

                                    Assalamualaikum.....



         Hye, nama saya Muhamad Asyraf Aliuddin Bin Mohamad. Berumur 17 tahun. Saya dilahirkan di Seri Manjung, Perak. Saya mempunyai 3 adik beradik dan saya merupakan anak bongsu. Kakak saya yang pertama bernama Nur Baizura dan yang kedua bernama NorSyahidah. Bapa saya bernama Mohamad Bin Ibrahim, berumur lingkungan 55 tahun dan bekerja sebagai Pegawai Bomba(Bersara). Mak saya pula bernama Ainul Fathilah Binti Abd Moen, berumur lingkungan 55 tahun juga. Saya dibesarkan di Ipoh,Perak. 
                   Ayah saya bekerja sebagai seorang Pegawai Bomba yang dah lama bersara. Ayah saya berasal dari Johor. Bilangan adik beradik ayah dalam lingkungan 12 orang . Mama saya pula  berasal dari Ipoh,Perak. Mama saya seorang anak bongsu daripada 10 orang adik-beradik. Ibu saya dahulunya bekerja sebagai seorang guru tadika dan telah berhenti bekerja selepas anak bongsunya dilahirkan iaitu saya. Kakak saya yang pertama telah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya yang tercinta dan mempunyai satu cahaya mata. Kakak saya yang kedua pula seorang tentera yang sekarang menetap di sungai buluh.

                      Saya seorang penuntut di Kolej Vokasional Seri Iskandar,Perak. Mengambil kursus Bisnes Insurans di sana. Pada awal persekolah di peringkat rendah,saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh,Lahat,Perak. Pada peringkat menengah rendah,saya telah bersekolah di SMK Pengkalan ,Taman Pinji Mewah dan pada peringkat menengah tinggi ,saya belajar di Kolej Vokasional Seri Iskandar. Di sana sistem merupakan sistem Diploma Vokasional Malaysia. Mereka mengambil golongan muda yang berumur dari 16 tahun hingga ke 19 tahun. Sehingga sekarang saya masih menuntut di Kolej tersebut. Pada akhir cerita, saya berharap agar semua sudi membaca blog ini. Ini merupakan blog pelajaran dan pengajaran untuk anda semua. Sekian Terima Kasih....
                       
                                                     ASSALAMUALAIKUM:)