APAKAH YANG ANDA FAHAM MENGENAI INSURANS ??
Secara mudahnya insurans ialah memindahkan risiko/kerugian individu atau sebuah organisasi seperti syarikat insurans. ini bermakna syarikat insurans akan membayar segala kerugian yang ditanggung oleh individu yang terlibat. Hal ini termasuklah menanggung nyawa individu seperti risiko kematian, kesakitan, ketidakupayaan, dan memasuki wad hospital. Tetapi ianya berfungsi selepas anda membeli polisi insurans dan bergantung pada jenis insurans.
KONSEP INSURANS
Insurans merupakan satu rancangan pembahagian risiko. Melalui skim insurans, risiko yang dihadapi oleh individu-individu dikumpulkan dan disebarkan antara mereka supaya risiko yang dihadapi oleh setiap individu dapat diminimumkan. Bayaran yang dibuat oleh mereka dikenali sebagai premium. Premium yang dibayar oleh mereka merupakan satu caruman dalam tabung umum. Mereka yang ditimpa risiko dibayar ganti rugi daripada tabung umum itu. Dengan cara ini risiko dapat disebarkan di kalangan pemegang polisi atau yang menyertai skim insurans ini. Oleh itu, insurans ialah satu cara orang yang bernasib baik menolong orang yang kurang bernasib baik.
KEPENTINGAN INSURANS
Kepentingan Kepada Individu
- Memberi perlindungan dan pampasan kepada individu atau ahli keluarga terhadap pelbagai risiko kecurian, kerosakan, kebakaran, dan kemalangan
- Melindungi masa depan keluarga
- Menabung untuk masa depan
Kepentingan Kepada Peniaga
- Insurans dapat melindungi para peniaga sama ada kecil atau besar terhadap pelbagai risiko seperti kebakaran, kecurian, pecah amanah dan tuntutan pihak ketiga dan sebagainya.
Kepentingan Kepada Negara
- Dapat membangunkan negara melalui dana insurans yang terkumpul untuk dilaburkan dalam sektor ekonomi.
- Insurer dapat menyediakan peluang pekerjaaan dan meningkatkan taraf hidup.
No comments:
Post a Comment